
بسم الله الرحمن الرحيم
Ketauilah bahawa muslimin itu seumpama jasad yang satu. Oleh yang demikian, setiap anggota jasad mesti bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama lain dalam perkara kebaikan dan bantu membantu dalam menghindar dari keburukan.
1 – ولذلك حدثنا أبو الحسن علي بن بندار الصيرفي قال : أنا الحسن بن سفيان قال : أنا يزيد بن صالح قال : أخبرني خارجة ، عن زكريا ، عن عامر ، عن النعمان بن بشير قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم يقول : « مثل المؤمنين في توادهم (1) وتراحمهم كمثل الجسد الواحد ، إذا اشتكى عضو منه تداعى (2) له سائر الأعضاء بالحمى (3) والسهر »
Abul Hassan Ali bin Bandar al-Soirofi berkata: Al-Hassan bin Sufian telah mengkhabarkan kepadaku,dia berkata; Yazid bin Soleh telah mengkhabarkan kepadaku,dia berkata: Kharijah telah mengkhabarkan kepadaku dari Zakaria,dari ‘Amir dari AnNu’maan bin Basyir, katanya: Aku telah mendengar rasulullah sallallahu’alaihi wasallam berkata: Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih-sayang dan belas kasihan mereka seumpama satu jasad [anggota badan], apabila satu daripada anggotanya mengadu, seluruh anggota lain juga turut mengadu kerana demam. [sakit] .
2 – وأنا علي بن بندار قال : أنا الحسن بن سفيان قال : أنا يزيد بن صالح قال : أنا ابن المبارك قال : أنا بريد بن عبد الله بن أبي بردة ، عن جده ، عن أبي موسى قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وسلم : « المؤمن للمؤمن كالبنيان ، يشد بعضه بعضا »
Dan dikhabarkan Ali bin Bandar berkata: dikhabarkan Al-Hassan bin Sufian berkata: dikhabarkan Yazid bin Soleh berkata: dikhabarkan Ibn al-Mubaarak berkata: dikhabarkan Bariid bin Abdullah bin Abu Bardah dari Datuknya dari Abu Musa berkata: Kata rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “ Orang yang beriman bagi Orang yang beriman seumpama sebuah binaan yang mana mereka sesama sendiri memperkuat antara satu sama lain.
No Comments Yet