Bismillah…

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Isu comfort zone bukan isu lama dalam hidup saya. Sejak merasa kesenangan dan keselesaan hidup di kuarters guru, alhamdulillah setakat ini, nikmat tersebut masih dirasai.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya sedar yang saya sekarang ini sedang berada dalam “zon selesa”. Sangat selesa hinggakan terasa tiadanya pertambahan pahala. Hari ini, saya teringat satu kisah tentang Imam Ahmad. Imam Ahmad amat gembira bila roti didapurnya habis. Ajaib… seolah-olah, beliau amat gembira bila keluar dari zon selesa.

Zon selesa adalah zon di mana orang yang berada di dalamnya merasa dia tidak perlu melakukan apa-apa untuk meningkatkan kualiti dirinya. Cukup dengan aktiviti atau amalan biasa yg biasa dibuat setiap hari. Kesan buruk zon ini amat ketara. Individu yang berada di dalamnya cenderong untuk memperbanyakkan aktiviti harus yang tidak memberi banyak faedah dan meninggalkan aktiviti sunnah yang lebih menguntungkan.


Leave a Comment