Nikmatnya Ibadah Apabila Syahawat Disekat

لا تجد حلاوة العبادة حتى تجعل بينك وبين الشهوات سدا
Kamu takkan merasai manisnya ibadah sehinggalah kamu sekat antara kamu dan syahwat-syahwat… demikian nukilan dari Bisyr bin Al-Harith.

Jika anda amati perkataan beliau, anda akan dapati ada benarnya kata-kata tersebut.

Ia dibenarkan oleh tindakan ulama-ulama besar islam seperti imam ahmad bin hanbal yang gembira bila berada dalam situasi yang susah.

Ada benarnya juga kata-kata syeikh ibn uthaimin dalam mensyarahkan kitab hilyah tolibul ilm oleh syeikh bakar abu zayd … “sekali sekala … berjalanlah – berkaki ayam”. Biasakan diri kita dengan kesusahan, agar suatu hari nanti mungkin kita akan diuji dengan kesusahan. Juga… beribadah ketika dalam situasi susah, lebih berkualiti berbanding ibadah dikala senang-lenang.

Allahumma La ‘isya illa ‘isya al-akhirah…